Terjemahan Petikan Ayat Al-Quran

Konsert Amal Nazrey Johani Tour De Tahfiz

Pengumuman


Saturday, December 19, 2009

SUARA MPP: Pemimpin pelajar bersatu tangani masalah



BAGI sama-sama menyuarakan ketidakpuasan atau perkara berkaitan kebajikan pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) menganjurkan Persidangan Pemimpin Pelajar UPM, baru-baru ini. Yang dipertua MPPUPM, Mohd Syamsul Salleh, berkata persidangan itu sama konsepnya dengan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri.

"Namun, kita hanya mengadaptasikannya di UPM dengan memanggil pemimpin pelajar seperti presiden kolej Kediaman, presiden persatuan mahasiswa fakulti dan presiden persatuan dan kelab di UPM, membabitkan 100 pelajar."Biasanya, barisan MPP saja yang akan menyuarakan pelbagai masalah berkaitan pelajar di universiti kepada pihak pentadbiran dan berpeluang untuk membincangkannya bersama.

"Tetapi, menerusi persidangan ini, semua pemimpin kelab, persatuan atau kelab akan bersama-sama barisan MPP menyuarakan kebajikan mereka yang dirasakan perlu dipertimbangkan," katanya.

Menurutnya, antara resolusi yang diperoleh di praperundingan baru-baru ini ialah menyentuh pelbagai aspek kebajikan, kebersihan makanan, penambahbaikan kad pelajar dan keselamatan di kawasan kampus."Menerusi kebajikan, kami sebulat suara memohon pihak pentadbiran UPM menjadi universiti yang mesra orang kurang upaya (OKU).

"Dari aspek kebersihan, semua perwakilan sepakat untuk mewujudkan label am di kafeteria di UPM mengikut tahap kebersihan yang di ditetapkan kementerian kesihatan," katanya. Menurutnya, secara tidak langsung, pelajar akan lebih peka terhadap kebersihan dan keselamatan makanan yang mereka makan.

Berkaitan penambahbaikan kad pelajar, katanya, semua sebulat suara meminta pihak pentadbiran untuk menaik taraf kad pelajar itu kepada kad pintar."Kad pelajar di kebanyakan universiti tempatan sudah di naik taraf sebagai kad pintar kerana ia bukan saja berfungsi sebagai kad pelajar, tetapi kad bank.

"Dari segi keselamatan, kami cuba mengurangkan risiko kecurian yang disebabkan pencerobohan," katanya.Mereka mencadangkan pengurusan universiti memperbaiki kamera rakaman litar tertutup (CCTV) selain sentiasa di selenggara.

Syamsul berkata, semua resolusi itu siap untuk diperbincangkan dan semuanya akan di bentangkan kepada pihak pentadbiran pada persidangan akan datang," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Petikan Hadis

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Blogger Template by Bloganol and Smart Blogging Tips | Free Blogger Templates created by The Blog Templates