Terjemahan Petikan Ayat Al-Quran
Pengumuman
Thursday, December 31, 2009
Konsert Amal Nazrey Johani Tour De Tahfiz di KUIS
12:57 AM Posted by M.A.H.A.S.I.S.W.A. T.E.R.K.I.N.ILabels: e voting, konsert, nasitd, nazrey, rabbani, saujana, student, traihan
Konsert amal yang bertemakan 'Mari Berhibur Sambil Beramal' ini bertujuan memberi hiburan alternatif kepada masyarakat khususnya kepada warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) seterusnya memartabatkan lagi industri seni hiburan Islam dan dalam masa yang sama mengumpul dana untuk pembinaan Madrasah Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.
Ranau merupakan sebuah kawasan yang dikelilingi pergunungan dan bukit-bukau. Ramai penduduknya tinggal di kawasan-kawasan pendalaman dan kaki-kaki gunung. Rata-rata masyarakatnya masih ramai yang ketinggalan dalam arus pendidikan agama. Akan tetapi, semangat mereka untuk belajar dan mendalami ilmu agama sangat tinggi.
Justeru pembinaan madrasah tahfiz tersebut boleh menjadi platform kepada masyarakat mendalami ilmu agama khususnya kepada penduduk Ranau.
Anda dijemput hadir ke konsert ini. Sambil berhibur, bayaran tiket yang dibuat akan disumbangkan ke tabung pengumpulan dana pembinaan Madrasah Tahfiz Bayu Syahadah, Ranau, Sabah, yang mana Nazrey Johani adalah pengelolanya.
Artis jemputan:
Nazrey Johani, Hijjaz, Rabbani, Devotees, As-Saufee, All One, Suhaimi (Ex-Inteam), Algebra & Nahwan Nur.
Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antabangsa Selangor (PKK)
Masa : 8.00 Malam
Harga Tiket : RM5.00
Tiket boleh didapati di kaunter di hadapan Auditorium Pentadbiran KUIS
Program ini terbuka kepada seluruh warga KUIS dan orang awam.
Sebarang pertanyaan atau tempahan tiket boleh hubungi:
Mohammad Aliff: 013-4191525
Nor al-Badriah: 012-5198445
Program ini anjuran: Persatuan Mahasiswa Islam Zon Utara (PERMATA) KUIS
Dengan Kerjasama: Jabatan Pembangunan Mahasiswa KUIS & Campus Life Arena.
*Nota: Kumpulan Rabbani digantikan dengan kumpulan Saujan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment